Thursday, August 18, 2011

Handphone saya.

Mesti pelik kan kenapa aku tak post gambar-gambar aku yang comel plus gedik tu. hihi.. sebabnya...AKU DAH TAK PAKAI ANDROID LAGI.. Now,aku pakai handphone samsung yang takde camera,takde bluethooth,takleh dengar lagu macam nokia 3310 kot. memang komang abis lah. nenek aku kat kampung pun pakai handphone ade 3G. muahaha. takpelah, tak kisah pun asalkan boleh call, mesej sudahla. aku bukan ada boyfriend dah pun.Nak tayang kat sapa lagi kan kan kan.

Memang abah ade offer nak handphone baru ke tak.Blackberry ke,iphone ke, malas nak pikir. sangat tak penting okey! hahaha. eh, bukan menolak rezeki, tapi one day la. hahaha

di fitnah

ok, aku kena fitnah. apa aku nak buat? nak balas balik ke? itu bukan jalannya kan kan kan. bila aku tanya si tolol ni apa motif dia cakap camtu kat aku, dia diam. tak reply mesej aku langsung. aku nak jumpa dia, tapi bukan sekarang la sebab kepala otak aku tengah serabut dengan mende-mende lain.

Apa masalah dia sampai nak buat dajal dengan aku? sebab aku tak layan dia ke? sebab die bengang dengan aku ke? ataupun dia nak cover malu? hahahaha. mungkin semua diatas kan kan kan.

memang patut la orang panggil kau PELIK!!!! kau lah manusia yang paling PELIK sekali aku pernah jumpa. hahahaha.

Wednesday, August 17, 2011

budak ini sangat banyak mulut

Raihana sekarang sangat hyperactive,banyak mulut,pandai berlakon,bla bla bla. Rasa nak gigit-gigit mulut dia tu.hahaha. Bayangkan,time bawak dia pi beli baju haritu, kakak tu bukaklah kotak nak ambik size die.Selambe je dia sound kakak tu, asal tak clean up lagi. amboi budak kecik ni, dengan gaya cekak pinggang lagi tu takleh bla. hahaha. And dia sekarang sangat-sangat-sangat cerewet. Lepas mandi,dia sendiri akan pilih baju,kalau dia tak berkenan,jangan harapla dia nak pakai.Annoying kan? hahahaha.

delete jela

Aku delete post-post lama. kenapa? eh, suka hati aku la blog aku. hahaha. takdelah, sebab saja je. Malas nak ingat kenangan-kenangan lepas. sedih? ish, taklah sedih cuma geli je. hahaha. Gambar-gambar pun aku delete sebab buat sakit mata, sakit hati je. cuma tang daisypath tu je aku taknak delete lagi. soon baby soon.

Apa aku rasa sekarang ni? Ntahla, takde perasaan sebab this is not first time i putus cinta okey. Mula-mula susah la jugak tapi its all about time kan. Orang berkhawin pun boleh bercerai ni kan plak baru bercinta. Normal la tu,bukan aku sorang je putus cinta kan.



putus cinta?

Well, normal la kan putus cinta. Sapa tak sedih tapi takpelah. Ajal maut di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang. Kalau bercinta 6,7 tahun pun, dah tersurat dia bukan jodoh kita, plan la bagai nak rak pun takkan menjadi jugak kan. Tapi kami tetap kawan. Taknak lah gaduh-gaduh perang segala bagai, tup-tup nanti bertembung jugak nak g kelas. Cool je okey. DAH TAKDE JODOH!!

Pengganti? Ish, naklah! Sapa kata tak nak. Hihihi tapi bukan sekarang la. Ada la jugak mambang-mambang yang hendak mencuba nasib tapi ku reject awal-awal. Bukan tak sudi tapi tak ready lagi. Terima kasih la sebab sudi bawak aku time sedih-sedih tu pi sunway pyramid, one utama, KLCC, mana-mana jelah kan untuk gembira kan hati ini tapi dalam hati siapa tahu kan. Aku bukan nak gunakan korang tapi dah korang beria-ria ajak, tak sampai hati plak nak tolak kan. Takpelah, kita tetap kawan kan. Terima kasih lah kepada yang bagi hadiah, semangat, belanja makan bagai nak rak. Insyaallah kita ketemu lagi ok.

And now, AKU KEMBALI SINGLE. Okey Fatin, tak mati pun hidup single. Kau bukan mati laki lagi pun. Sabar, sabar dan sabar okey :D

kembali berbelog

Kenapa dah lama tak berblog ? Sebab dah ade life baru ke? Haha. Bukan laa.. actually, blog ada masalah skit. Ish, bukan taknak ingat kisah lama la tapiii..ish, takde tapi-tapi lagii..aku tak ingat PASSWORD laaa. Tula padahnya asyik tukar password je kan. Hoho. Ni tak tahu la berapa lama semangat nak berblog ni ada dalam jiwa. Kalau rajin, update la kan. Kalau malas, toksah dok berangan la padahal tiap-tiap hari aku online. Dulu, time sekolah, aku memang benci buat karangan. Dah takde idea, tapi bile idea datang, macam-macam aku conteng kat kertas tu. nasib baik time SPM aku tak buat gila duk conteng carca marba. Haha.

Aku tak nak pun jadi blogger terkenal macam ehem-ehem. Takde follower pun tak kisah derr. Nuffnang tak nak kasi duit pun AKU TAK KISAH. Janji aku tak bosan duk kat rumah ni. Dapat jugak refresh otak yang dah tepu ni. Haha. Nak kutuk pun kutuk laa. Aku tak kisah dan tak pernah nak kisah.

Tapi kan,tadi time aku baru nak setup blog ni, punyalah terkejut beruk sebab ade hamba Allah ni pernah nak buat blog dia guna account aku. Ish ish ish, jahat kau erk. Buat blog guna account aku erk, nasib baik tak jadi. Takpelah, aku halal kan. Kita kan pernah janji nak sehidup semati tapi putus di tengah jalan. Hahaha. Sekarang ni dengan rasminya, saya merasmikan belog ini dan belog ni hanya hak milik aku sahaja! Tak share-share dengan sapa-sapa dah.

Monday, April 25, 2011

Morning.

Encikkk belog. kih3. i baru bangun tido. pukul 1.36pm. ish3. tak senonoh kan i tapi apa kan daya, badan i macam nak demam balik and batuk plak tak sembuh-sembuh. tadi masa tido kan, i mimpi my mamm kejut kan suruh kemas dapur and jemur kain. i ingat i mimpi. bile i bangun tido, i tengok my mama mesej suh buat keje. ooo... so, tadi tu bukan mimpi laaa.. bile i bangun, terus i pergi kemas dapur takut mama bebel tapi i tak jemur kain lagi laa. okla, i nak turun g isi perut plak. (comel tak?) hhi..byebyebye.